confession

Thursday, September 20, 2012

Kena Belajar Balik

Bismillahirahmannirahim

Wah! Sudah lama aku tidak menulis di dalam blog ini,  kali terakhir aku conteng di blog ini pun bulan Mei 2011

Masa berlalu begitu pantas, tahun akhir dan kerja sambilan juga menyebabkan aku semakin sibuk untuk mecoretkan isi hati di sini. sorry yea diary travel ku.

Kini aku sudah pulang ke tanah air, setelah 4 tahun menimba ilmu di negara orang, ku balik jua untuk berkhidmat dengan penuh ikhlas demi menaikkan status kanak-kanak pendidikan khas di Malaysia. InsyaAllah.

Sebelum itu, aku kena masuk Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas (IPGIK) Kuala Lumpur dahulu, untuk menimba ilmu mengenai sistem pendidikan di negara ini, termasuklah untuk mengasah kemahiran untuk menjadi seorang guru yang dedikasi dan profesional. Malangnya, hanya aku seorang ambilan pendidikan khas pada bulan September 2012, bermakna untuk major subjek pendidikan khas pensyarah-pensyarah hanya akan mengajar saya seorang. oh! aku akan rasa sungguh aneh belajar 1:1 bersama pensyarah-pensyarah. Diharapkan Pensyarah-pensyarah dapat mengkongsikan ilmu mereka dgn penuh sabar dan mesra. Lembutkan hari-hati mereka ya Allah. Dikatakan jadual IPG untuk program aku ni amatlah padat, dari 8.00 pagi sehingga 4.30 ptg atau 6.30 jika ada gerko dan ko-ko. Aku pula akan berulang-alik dari Nilai dan akan bergerak dari rumah dalam pukul 6.00-6.30 pagi. huhu... oh mampukah???

kali ini memang aku sengaja mencoretkan kandungan blog ini dalam bahasa Malayu sebab dah lama dah tidak tulis secara skema dan sebenarnya aku perlu melatihkan diri menulis esei dalam bahasa Melayu setelah 4 tahun menulis esei dalam bahasa Inggeris. Pasti post ini ada begitu banyak kesalahan tatabahasa hahahhaaha


okay la sampai disini sahaja;.. sahaja aku tinjau blog yg sudah berhabuk ini sambil menunggu rakan ku habis kelasa biologi mereka!

Kelas saya akan bermula minggu depan. Doakan saya!! Assalamulaikum.

Ikhlas dari hati
Ifa




3 comments:

comment